
Bismillahirahmanirahim~ Hari ini aku rajinkan diri untuk tulis entri ni sebab berita ini sangat mengejutkan aku. Well, siapa yang tak tahu berita ini, better you baca entri ni kalau you muslim.
Terkejut mendengar apabila buat pertama kalinya dalam 112 tahun, bumi Mesir dituruni salji. Subhanallah. Allahuakhbar. Tergamamku dibuatnya. Pada hari Jumaat, 13 Disember 2013, Bandar Cairo tiba-tiba diliputi salji. Salah satu tanda kiamat adalah, bumi Mesir yang panas terik, yang tak pernah ada salji, tiba-tiba sahaja mengalami musim salji.
Tanda-tanda kiamat kecil:
Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai." - Sahih Muslim
See? Tidak ada yang mustahil bagi Allah SWT. Semuanya boleh terjadi dengan sekelip mata sahaja. Hari kiamat itu rahsia Allah SWT. Dan ia pasti terjadi dan akan terjadi. Semua manusia di dalam dunia ini tidak terkecuali akan mengalami hari pembalasan itu. Kiamat itu kekal abadi. Selain itu, ini juga bermaksud perubahan iklim. Pergerakan matahari turut berubah. Allahuakhbar. Tanda akhir zaman semakin banyak.
(Snowflakes ini hanya edit saja)
Sudahkah anda semua persiapkan diri? Bila kita kejar dunia, kita tidak akan dapat akhirat. Bila kita kejar akhirat, kita akan dapat kedua-duanya. Masya-Allah. Pemurahnya pencipta kita. Ya Allah, ramai orang Islam diluar sana yang murtad dan Islam hanya pada kad pengenalan. Janganlah Engkau membawa aku ke arus itu. Semua orang pasti terfikir adakah ibadat kita diterima-Nya? Aku juga kadang-kadang terfikir begitu kerana aku juga hanyut dengan kebanggaan duniawi. Fikir-fikirkanlahh.
Sebahagian info dipetik dari Aini Zakaria. Credit to her.
Sebahagian info dipetik dari Aini Zakaria. Credit to her.

No comments:
Post a Comment